Showing posts with label rawatan obesiti. Show all posts
Showing posts with label rawatan obesiti. Show all posts

Friday, September 5, 2014

10 FAKTA OBESITI

Sedar atau tidak Malaysia merupakan negara teratas yang mengungguli carta penduduk paling ramai menghadapi obesiti di rantau Asia Tenggara manakala negara keenam di rantau Asia Pasifik. Ini merupakan perkara yang sangat memalukan khususnya kepada kepopularitian kita terhadap isu kesihatan. My Decrescendo hari ini ingin berkongsi 10 fakta menarik tentang obesiti di seluruh dunia sebagai pedoman kepada semua. Harap informasi ini dapat dikongsi sebagai iktibar buat kita semua.
1. Kajian kesihatan global mengesahkan stress (tekanan) dan kurang tidur merupakan punca utama obesiti.
2. Pusat perubatan Universiti Duke mendapati bahawa wanita dan lelaki yang kehilangan 10 peratus jumlah berat badan mereka, akan berlaku peningkatan yang ketara dalam kualiti kehidupan ranjang.
3. Kajian kesihatan global mendapati obesiti merupakan pembunuh di tangga kedua selepas penggunaan tembakau (rokok).
4. Kajian kesihatan percaya obesiti mengurangkan tangga usia hidup seseorang rata-rata selama 7 tahun.
5. Obesiti meragut 2/3 nyawa dalam tempoh sehari di seluruh dunia.
6. Hampir 30% (43 juta) pesakit obesiti di seluruh dunia terdiri dari kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas.
7. Paul Mason, 48 tahun dipercayai lelaki paling gemuk di dunia dengan berat 444.52 kg.
8. Mississipi merupakan negeri di Amerika Syarikat yang mencatatkan kenaikan dewasa paling ramai mengalami obesiti sebanyak 25%. Ini kerana Mississipi terkenal dengan pelbagai jenis makanan ringan yang enak seperti pie, sweet potato crunch, dan udang goreng. 
9. Kajian mendapati 35% daripada pengambilan kalori harian kita berasal dari makanan di restoran terutama fast food.

10. Beberapa syarikat penerbangan dunia telah membelanjakan $275 juta untuk 350 juta gelen tembahan bahan api antara tahun 2000 hingga 2001. Peningkatan bahan api ini adalah semata-mata untuk menampung berat tambahan penumpang yang semakin ketara (penumpang obesiti).

Saturday, August 23, 2014

PANDUAN MENGURANGKAN BERAT BADAN







PANDUAN MENGURANGKAN BERAT BADAN


Pengalaman menjadi seorang yang gemok/ obesity memang agak menghampakan kerana hampir 90% mereka yang mempunyai masalah kegemukan menemui kegagalan untuk menurunkan berat badan. Jika mereka turun sedikit berat akan mudah untuk naik semula ketahap asal atau melebihinya.

Tips yang sesuai diamalkan untuk masalah kegemukan: 

1.Mendapatkan tidur dan rehat yang secukupnya. Kekurangan rehat dan tidur boleh menjadikan sesorang itu lapar, secara tidak langsung meningkatkan selera makan. Makanan sampingan yang dimakan pada waktu ini mampu menaikkan berat badan.

2. Perbanyakkan menghidangkan sayuran dan buah-buahan untuk makan malam. Masak sayur sekejap pada suhu yang rendah serta kurangkan minyak dan perasa. Sayur dan buah mengandungi banyak fiber , vitamin dan antioksiden. Disamping itu, ia juga kurang kalori yang boleh menggemukkan.

3. Mulakan dengan memakan buah-buahan diikuti sup sayur. Ia boleh mengeyangkan tanpa mengemukkan.

4. Elakkan makanan bergula dan yang dibuat dari tepung gandum. Sebaiknya, makan 'whole grain' wheat, oat, barley ataupun brown rice.

5. Elakkan juga makanan segera seperti kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets. 

6. Minuman seperti soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak juga perlu dielakkan. Ini kerana minuman ini mengandungi gula dan bahan pengawet yang terlalu banyak

7. Pengambilan Teh hijau sebagai minuman juga meruakan sesuatu yang berkhasiat. Teh hijau mempunyai banyak khasiat kerana ia mengandungi catechins, yang terdapat pada daun teh. Ia mampu memberikan banyak khasiat seperti pengurangan berat badan, anti-diabetic dan sebagainya.

8. Amalan pemakanan dirumah sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu mampu memberikan banyak faedah. Melalui cara ini kita boleh mengawal kualiti makanan dengan memilih makanan yang berzat dan berkhasiat.

9. Amalkan memakan buah-buahan seperti pisang, epal, betik dan sebagainya ketika menonton TV atau ketika melayari internet. Buah-buahan ini mampu untuk memberikan ‘rasa kenyang’.

10. Selain itu, latih diri dengan menggunakan pinggan yang kecil menggantikan pinggan besar sewaktu mengambil makanan. Ini untuk melatih diri mengurangkan kuantiti makanan yang diambil.

14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus atau peanuts bersama air mineral. Kekacang adalah makanan yang mengandungi kompleks karbohidrat, protein dan serat yang kaya. Ia kurang kalori dan mampu untuk memberikan rasa kenyang.

15.Banyakkan melakukan aktiviti dan senaman, selama 30-60 minit setiap hari. Aktiviti seperti berjalan dan berjogging mengelilingi tasik, bercucuk tanam, mengemas rumah dan sebagainya mampu menurunkan berat badan.

Untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pakar rundingan berkaitan masalah berat badan, sila hubungi Marissa Aesthetic di talian 03-8723 4808 / 013 244 8484